Muhyiddin Tegaskan BERSATU-PAS Tetap Bersama

Meskipun dihimpit isu bersama UMNO dalam soal kerjasama, namun BERSATU Johor mengambil pendirian memandang ke hadapan dalam membuat persiapan menjelang PRU15.

Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memaklumkan bahawa parti di peringkat Johor juga mengalu-alukan pengukuhan kerjasama dengan PAS dalam Perikatan Nasional (PN).

“Ini menunjukkan semangat setiakawan untuk melihat ke hadapan supaya terbentuk jalinan kerjasama kukuh antara BERSATU dan PAS bersama-sama juga lain-lain parti dalam PN seperti GERAKAN, SAPP, STAR dan sebagainya.

“Kita juga telah bertekad apa pun situasi kita akan bersama-sama dengan PAS kerana komitmen kedua-dua parti terhadap hala tuju masa hadapan itu amat jelas.

“Apa pun yang berlaku itu soal UMNO tapi dari sudut kerjasama antara PAS dengan BERSATU itu amat jelas termasuk tubuh jawatankuasa bersama, berbincang persiapan PRU15 dan rundingan kerusi kerana ini yang hendak diutamakan,” katanya.

Muhyiddin, yang juga Pengerusi Bersatu Johor mempengerusikan mesyuarat BERSATU Johor dan PN Johor di sebuah hotel di Putrajaya, semalam.

Mesyuarat tersebut turut membincangkan rundingan bagi menyelesaikan struktur pembahagian kerusi di Parlimen di negeri itu.

“Siapa yang akan mengetuai sama ada BERSATU, PAS atau GERAKAN ini akan dirundingkan termasuk juga bayangan tentang rundingan kerusi antara parti-parti yang ada dalam PN Johor tapi keputusan nanti muktamadnya akan dibuat oleh pimpinan peringkat nasional,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles