Muhyiddin Seorang Pengkhianat, Cakap Tak Serupa Bikin

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin menyifatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai seorang pemimpin yang tiada integriti meskipun Pengerusi Bersatu itu mendakwa dirinya dan parti pimpinannya bukan sebegitu.

Apatah lagi Bersatu sendiri wujud kerana ramai wakil rakyatnya melompat parti.

“Saya tak suka pemimpin yang cakap tak serupa bikin. Kalau kamu ada pendirian, jangan terima yang lompat ini, mereka ini tak ada integriti tak bermaruah langsung.

Mereka juga pengkhianat, mahukah kita ada pengkhianat dalam rumah kita?,” soal beliau.

Bung turut mengkritik segala alasan yang diberikan puak yang melompat parti demi ‘menghalalkan’ perbuatan, yang pada hakikatnya mereka adalah penting diri, gila jawatan dan kuasa.

Perbuatan mereka itulah yang mendorong majoriti pimpinan beberapa parti mahu Akta Anti Lompat Parti diwujudkan.

“Dengan apa alasan sekali pun, sama ada lompat secara sukarelakah, dipaksakah, itu adalah pembohongan dan penipuan semata-mata.

“Kamu lompat kerana pentingkan diri sendiri untuk dapatkan jawatan dan kuasa.

“Saya seorang Ahli Parlimen yang konsisten menentang lompat parti ini, sebab ini perbuatan khianat, tidak bermaruah dan tidak berintegriti,” katanya di Parlimen, hari ini.

Memberikan contoh dirinya sendiri, Bung berkata beliau masuk politik, kaki sebelah sudah hampir masuk penjara dengan hampir 80 peratus terdedah kepada fitnah serta tohmahan.

“Yang ada kes mahkamah, hadapilah. Macam saya ini, banyak ajak saya lompat sana, lompat sini, saya kata tidak, dari dulu prinsip saya tidak ada lompat-lompat.

“Kalah kalahlah, menang menanglah. Apa mahu? Ini demokrasi, rakyat tolak kita, tolaklah. Sebab mungkin ada kesalahan dan kelemahan yang kita buat.

“Aneh pula hari ini banyak yang lompat parti berbahas dalam RUU ini, saya pun tak tahu, harap mereka ada keinsafan kerana sebab perbuatan merekalah negara ini kucar kacir,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles