Muhyiddin: Semua Menteri, Timbalan Menteri UMNO Kekal Dalam Kabinet

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah menasihati kesemua menteri dan timbalan menteri dari UMNO untuk terus kekal berada dalam kerajaan untuk melancarkan perancangan kerajaan dalam usaha mengatasi pandemik COVID-19.

Apatah lagi, kebanyakan mereka memegang portfolio penting berkaitan fokus kerajaan pada ketika ini.

“Justeru saya tidak mahu peletakan jawatan mereka dari Kabinet menjejaskan segala perancangan kerajaan untuk mengatasi masalah COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

“Alhamdulillah atas nasihat yang saya berikan, kesepakatan telah dicapai bahawa semua menteri UMNO akan terus kekal dalam Kabinet,” kata Muhyiddin dalam kenyataannya hari ini.

Kenyataan Muhyiddin menyusul selepas menteri-menteri UMNO menemuinya pada Isnin petang, bagi mendapatkan nasihat dan pandangan berhubung kedudukan mereka di dalam kerajaan.

Ia selepas Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU2020) yang berlangsung pada minggu lalu mencapai keputusan bahawa parti itu akan memutuskan hubungan dengan BERSATU dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

 

 

 

Latest articles

Related articles

spot_img