Muhyiddin Sedia Rombak Kabinet Untuk Tenangkan Umno?

Dilaporkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berbincang mengenai kemungkinan merombak Kabinet selepas wujud ketidakpuasan di kalangan pemimpin Umno sehingga memberi isyarat mahu menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Umno sedang berunding dan ini menunjukkan mereka tidak bersedia keluar daripada gabungan PN,” beritahu sumber yang enggan dikenali sebagaimana memetik laporan FMT.

Portal yang sama juga sebelum ini melaporkan bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah bertemu dengan Muhyiddin bagi membincangkan syarat terbaru parti itu untuk teeus menyokong PN.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Annuar Musa ketika diminta mengulas hal berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan butiran pertemuan namun memaklumkan ia berkenaan syarat terbaru daripada partinya.

Manakala Reuters dalam laporan memetik dua sumbernya sebagai berkata kedua-dua pinak Umno dan PN sedang membincangkan kerusi yang akan mereka tandingi pada pilihan raya akan datang.

Keengganan Umno untuk terus bekerjasama dengan kerajaan PN seperti yang dilaporkan baru-baru ini dikaitkan dengan ketidakpuasan hati mereka yang dipinggirkan dalam beberapa hal, meskipun ia memiliki kerusi terbanyak berbanding Bersatu.

Ia juga susulan dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan dirinya mempunyai sokongan majoriti termasuk daripada ahli-ahli parlimen Umno untuk membolehkan pembentukan kerajaan baru.

Bagaimanapun ramai pemimpin Umno membidas dakwaan sokongan terhadap Anwar.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Remaja 15 Tahun Jadi Mangsa Rogol Enam ‘Rider’ Makanan

Enam suspek lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan kerana disyaki  merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya, dalam kejadian...

Mungkin Tiada Lagi UPSR Buat Selama-lamanya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan perbincangan untuk memansuhkan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) kini berada dalam peringkat akhir. Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata...

Boleh Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini

Bermula Isnin ini, kerajaan mula membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Menteri...

Bersatu Kesal Dalam Isu MB Perak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada semalam yang menyaksikan Menteri...

Peniaga Di Plaza Low Yat Bergaduh Berebut Pelanggan

Seramai 42 ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan di luar Plaza Low Yat, di Jalan Imbi, petang semalam, dipercayai akibat berebut pelanggan Ketua...