More

    Muhyiddin Sebagai PM Yang Paling Wibawa Ketika Ini

    Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berpendapat bahawa tiada calon lain yang sesuai menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku perdana menteri pada masa ini.

    Kajian Merdeka Center Dapati 69% Rakyat Malaysia Puas Hati Dengan Prestasi Muhyiddin, Kerajaan PN

    Mengulas mengenai calon Umno sebagai perdana menteri pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau mengakui akan kewibawaan pemimpin tersebut.

    “Selagi kita mendokong kerajaan sedia ada, maka perdana menteri yang kita dokong adalah Muhyiddin Yassin, soal PRU (pilihan raya umum) akan datang itu masih lagi dalam perbincangan.

    “Kalau kita tengok daripada segi rakyat (penerimaan) telah diumumkan dapatan daripada badan penyelidikan dan itu adalah hakikat (rakyat mengakui kewibawaan Muhyiddin),” katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.

    Prestasi dan penerimaan rakyat terhadap Muhyiddin dibuktikan dengan hasil kaji selidik yang dilakukan Merdeka Center meletakkan perdana menteri itu pada tahap 69 peratus.

    Isu calon perdana menteri pernah dibangkitkan oleh beberapa pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

    Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa Umno dan PAS menerusi gabungan Muafakat Nasional (MN) akan terus menyokong Muhyiddin untuk jawatan berkenaan sekiranya pilihan raya mengejut diadakan.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini