PAGOH: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa PRU15 lebih besar maknanya dan bukan sekadar untuk kepentingan peribadinya.
Muhyiddin berkata, ia adalah disebabkan soal soal rakyat dan merupakan satu tanggungjawab penting.
Malah Presiden Bersatu itu turut mendakwa PN semakin mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia dan yakin kemenangan memihak kepada gabungan itu.
“Trend sokong Melayu semakin meningkat. Boleh menang bentuk kerajaan.
“Di Pagoh ini bagilah saya peluang terakhir menang,” katanya.
Sementara itu ketika menyampaikan ceramah kelompok bersama masyarakat Kampung Tengah, Kampung Naib Piee, Kampung Parit Buaya dan Kampung Sungai Terap, Pagoh, malam tadi, Muhyiddin mendakwa, BN memperoleh kemenangan pada (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Mac lalu disebabkan disebabkam jumlah pengundi yang keluar mengundi merosot.
“Macam PRN Johor dulu tak ramai keluar mengundi, orang UMNO ‘totok’ ada situ. BN menang.
“Tetapi Pilihan Raya ini katalah 80 peratus pengundi ada keluar undi, yakin UMNO akan hanyut masuk ke Sungai Muar,” katanya.
Untuk rekod, BN meraih kemenangan selesa apabila berjaya memperoleh kejayaan majoriti dua pertiga, selepas keputusan penuh PRN Johor pada Mac lalu.
Ia dilihat menerusi kejayaan BN menawan 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor
Manakala Pakatan Harapan (PH) menang 11 kerusi DUN, diikuti Perikatan Nasional (PN) tiga, manakala PKR dan MUDA masing-masing satu kerusi.