Muhyiddin Mahu Penjawat Awam Amal Cara Kerja Lebih Pantas Dan Lebih Cekap

Semua anggota penjawat awam kini perlu mengamalkan cara kerja yang lebih pantas dan cekap serta tidak boleh lagi mengamalkan cara kerja yang lama.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap cara kerja lama yang digunakan sebelum krisis wabak Covid-19 tidak lagi memadai.

Muhyiddin menyatakan perkara itu dalam Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri yang pertama kali diadakan hari ini di Putrajaya sejak pembentukan kerajaan Perikatan Nasional.

Menurut beliau, sektor ekonomi memerlukan keputusan awal dibuat daripada penjawat awam dan ia perlu dilakukan dengan lebih cepat bagi memulihkan ekonomi negara dengan segera.

MESTI BACABerebut Jadi PM, Adakah Nurul Izzah Sindir Anwar?

“Kitalah pembekal perkhidmatan terbesar dalam negara. Perkhidmatan kita diperlukan oleh semua pihak termasuk sektor ekonomi yang terjejas teruk. Peranan kita adalah fasilitate not to frustrate. Seboleh mungkin segala yang hendak kita lalukan harus fikir situasi baru ini.

“Peranan penjawat awam seperti bahagian perlesenan, agensi yang melibatkan ujian tertentu, membuat keputusan, memberi kelulusan permohonan menjadikan tugas kita lebih mencabar

“Amalan biasa ambil tempoh tertentu, contoh sebulan untuk selesaikan kelulusan, dalam situasi sekarang adakah sebulan adalah tempoh yang singkat, jawapannya tidak,” kata Muhyiddin ketika berucap pada perhimpunan itu.

Muhyiddin berkata, walaupun Malaysia antara negara yang cepat pulih daripada Covid-19 namun itu tidak membawa sebarang erti sekiranya sektor ekonominya mengambil masa lama untuk pulih.

“Saya telah memberitahu Jemaah Menteri walaupun Malaysia sudah hampir selesai menangani masalah Covid-19 jauh agaknya lebih cepat daripada negera-negara jiran.

“Tapi janganlah disebabkan karenah birokrasi dan permasalah yang kita hadapi diperingkat pentabiran maka negara yang kebelakang boleh sedia ke depan daripada kita dari segi proses pemulihan.

“Ini bukan contoh yang baik. Disebabkan kita mengambil masa yang lama untuk membantu semua sektor kembali seperti sediakala,” jelas Muhyiddin.

Kata Muhyiddin, kerajaan telah memutuskan agar operasi prosedur standard, cara kerja, lapisan tingkatan membuat keputusan seboleh mungkin dikurangkan dan kuasa tertentu diberikan kepada agensi dan ketua jawatan untuk membuat keputusa dengan segera.

“Banyak yang terjejas begitu teruk, sektor pelancongan hampir lumpuh, bidang pembuatan, kita dengar rintihan mereka.”

“Sektor pelancongan teruk terjejas. Untuk sektor ini pulih seperti sediakala perlu empat tahun, dalam tempoh ini boleh lihat pemain baru, ada yang tutup. Mereka perlu sokongan bentuk bantuan yang diharap dapat permudah urusan mereka,” jelas Muhyiddin.

Perdana Menteri menegaskan Bank Dunia telahpun mengunjurkan pertumbuhan Malaysia akan kembali pulih mejelang akhir tahun 2021.

Badan dunia itu meramalkan Malaysia antara negara pertama di dunia yang akan pulih daripada kesan wabak Covid-19. Justeru beliau berharap semua pihak bekerja ke arah tersebut.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini