Muhyiddin ‘Lupa’ Permainan SD Tak Terpakai Bila Ada Akta Lompat Parti

KUALA LUMPUR: Pentadbir Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendesak Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengemukakan 115 akaun berkanun yang didakwa sebagai menyokong dirinya sebagai Perdana Menteri.

Meskipun kenyataan itu tidak menyebut sebarang nama, namun ia jelas ditujukan kepada Muhyiddin susulan sidang media Ahli Parlimen Pagoh itu yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan sokongan majoriti yanh dimilikinya.

“Cabar dia. Suruh dia senaraikan 115 ahli Parlimen yang memberi SD (surat akuan berkanun) kepada dia,” demikian hantaran tersebut.

Bukan itu sahaja, pentadbir Facebook Najib juga menyifatkan kenyataan Muhyiddin seakan-akan mahu melawan istana dan Majlis Raja-Raja Melayu, apabila membangkitkan mengenai SD.

Adalah dipercayai bahawa sekumpulan pemimpin PN juga mula membeli SD dari sebilangan kecil ahli-ahli Parlimen BN, sebelum UMNO dan Barisan Nasional (BN) sempat bermesyuarat selepas kekalahan Sabtu lalu.

“Dia turut menipu GPS bahawa BN telah bersetuju untuk bersama dalam kerajaan PN padahal UMNO dan BN belum pernah bermesyuarat sesama sendiri sekali pun dan tidak pernah berjumpa dengan PN atau GPS pun.

“Dia juga tidak faham bahawa game SD ini tidak lagi terpakai setelah Akta Lompat berkuasa,” katanya lagi.

Menurutnya, ahli-ahli Parlimen yang melanggar arahan parti akan kehilangan kerusi Parlimen mereka yang mereka menang atas tiket BN.

“Sebab itu, 10 orang ahli Parlimen BN yang sebelum ini berjaya dibeli oleh PN sempat memberitahu sstana bahawa mereka tarik balik SD mereka.

“Perangai pengkhianat, permainan scheme of things untuk sogok dan kerakusan kuasa dia ini yang mengakibatkan dia tidak dilantik PM hari ini.

“Nak salahkan siapa lagi pula?Sekiranya sebelum jadi kerajaan bersama pun, dia sudah khianat dan mula pecah-belahkan BN, apakah nasib UMNO dan BN selepas lima tahun lagi?

“Sebab itu, keputusan Majlis Kerja Tertinggi UMNO semalam ialah kita bersetuju tubuh kerajaan perpaduan seperti dititahkan Yang Di-pertuan Agong dengan syarat UMNO tak akan bersama PN,” katanya lagi.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,604FollowersFollow
20,300SubscribersSubscribe

Terkini