Muhyiddin Jadi Individu Malaysia Pertama Terima Vaksin COVID-19

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi orang pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 apabila bekalannya tiba di Malaysia pada penghujung bulan ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata demikian dalam rancangan Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam semalam.

“Ya saya sahkan PM adalah orang pertama disuntik vaksin Pfizer sebab nak beri keyakinan kepada orang ramai bahawa vaksin selamat diguna pakai,” katanya. 

Untuk rekod pada 4 Februari lalu, Muhyiddin berkata, kerajaan akan memulakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan mulai hujung bulan ini, dengan kerajaan menyasarkan 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu menerima vaksin yang akan diberikan secara percuma dalam tiga fasa.

Fasa pertama dari Februari hingga April adalah untuk sejumlah 500,000 petugas barisan hadapan yang terlibat secara langsung dalam memerangi wabak itu, fasa kedua dari April-Ogos adalah bagi kumpulan berisiko tinggi iaitu warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kumpulan rentan dengan masalah morbiditi seperti penyakit jantung, obesiti, diabetes dan tekanan darah tinggi selain golongan orang kurang upaya (OKU).

Manakala bagi fasa ketiga pula akan meliputi golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas dari Mei ini hingga Februari tahun depan.

BBerkaitan

Latest articles