Muhyiddin Iringi Calon PN ke Pusat Penamaan Calon Gombak

GOMBAK: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, Gombak Setia dan Hulu Kelang tiba awal iaitu kira-kira jam 8:30 pagi di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu di sini, hari ini.

Mereka tiba di pusat penamaan diiringi Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas berarak dari Masjid As Shariff Simpang Tiga di sini, pagi tadi.

PN mempertaruhkan Pengerusi PN Selangor yang juga bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (BERSATU) untuk bertanding di Hulu Kelang, manakala Setiausaha Dewan Pemuda PAS, Muhammad Hanif Jamaluddin (PAS) di Sungai Tua, Penyandang Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham (BERSATU) pula akan mempertahankan kerusi itu.

Sementara itu, kehadiran ratusan penyokong dan jentera PN memeriahkan keadaan di sana.

Bagaimanapun keadaan di pusat tersebut terkawal tanpa sebarang provokasi.

BBerkaitan

Latest articles