Muhyiddin Harap Sabah Sokong Kerajaan Pusat Selepas PRN Nanti

Pelbagai kemajuan dan pembangunan dapat dirasai rakyat Sabah dan negeri itu sendiri sekiranya kerajaan negeri Sabah menyokong kerajaan pusat yang diterajui Perikatan Nasional (PN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui dirinya amat berpuas hati dengan prestasi perkhidmatan penjawat awam di Sabah, namun beliau percaya keadaan akan semakin baik jika Sabah memilih haluan yang sama.

“Bayangkan kalau Sabah dan kerajaan persekutuan bekerja sebagai satu pasukan, boleh anda bayangkan? Ini bukan politik, ini realiti…ini sedikit berkempen (untuk pilihan raya negeri akan datang),” katanya yang disambut dengan gelak tawa daripada hadirin.

Mengulas mengenai kepimpinan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku ketua menteri, Muhyiddin sekali lagi mengulangi manfaat yang akan dinikmati rakyat dan negeri itu sekiranya pemimpin negeri menyokong kepimpinan kerajaan pusat.

“Beliau (Ketua Menteri, Shafie Apdal) telah lama jadi rakan saya, dan beliau kembali mentadbir negeri.

“Tetapi, saya rasa dan saya sudah mengalaminya, mempunyai orang di platform sama dan bekerja sebagai satu pasukan akan memberi lebih banyak impak.

“Itu yang saya harapkan, untuk Sabah,” ujar Muhyiddin ketika menghadiri perjumpaan bersama penjawat awam di Kota Kinabalu, hari ini.

Dalam majlis yang sama juga, Muhyiddin turut melahirkan harapannya terhadap penjawat awam supaya berfikir lebih kreatif untuk menambah baik perkhidmatan mereka kepada rakyat, khasnya ketika pandemik Covid-19.

Katanya, walaupun penjawat awam terikat kepada pekeliling kewangan dan pentadbiran serta arahan ketua jabatan, ia tidak patut dijadikan alasan untuk tidak meningkatkan perkhidmatan mereka.

“Inilah masanya anda memerlukan kreativiti, keberanian dan bertindak segera.”

Muhyiddin Harap Sabah Sokong Kerajaan Pusat Selepas PRN Nanti

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,803FollowersFollow
20,900SubscribersSubscribe

Terkini