Muhyiddin Dilepas, Bebas Empat Pertuduhan Rasuah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini melepas dan membebaskan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam permohonannya membatalkan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk menerima suapan RM232.5 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Muhammad Jamil Hussin ketika membuat keputusan memutuskan keempat-empat pertuduhan adalah cacat, tidak berasas dan kabur.

Malah beliau berpandangan andai perbicaraan itu diteruskan, maka Pengerusi Bersatu itu tidak akan mendapat pembelaan sewajarnya selain menjadikan pendakwaan terhadapnya sebagai penyalahgunaan proses mahkamah.

Pada 10 Mac lalu, Muhyiddin didakwa di ibu negara atas enam pertuduhan iaitu empat tuduhan menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan pengubahan wang haram membabitkan RM195 juta.

BBerkaitan

Latest articles