Muhyiddin Dilantik Sebagai Perdana Menteri Dalam Keadaan Negara Berdepan Ujian Getir

Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika dilantik sebagai Perdana Menteri 17 hari lepas, pada masa politik Malaysia sedang bergolak selepas bekas Perdana Menteri ke-7, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan secara tiba-tiba.

Tidak lama selepas itu, beliau ditakdirkan untuk menjadi orangnya yang memimpin Malaysia untuk menghadapi ujian yang hebat untuk menangani penularan penyakit COVID-19 yang disebabkan oleh koronavirus spesis baru.

Dalam satu temubual khas malam tadi, beliau berasakan bahawa beliau dilantik menjawat peranan sebagai Perdana Menteri dalam situasi luar biasa dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara berdepan dengan virus pandemik.

Bagi Muhyiddin, membuat keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk seluruh negara adalah satu keputusan sukar baginya.

Dalam keadaan sebegitu rupa, katanya, situasi adalah merbahaya dan boleh mengancam nyawa rakyat.

“Pasti paling utama nak diberi perhatian ialah bagaimana perkara ini dapat dikawal dan usaha perlu dibuat seberapa cepat mungkin.

“Ini kerana kelewatan sehari dua akan membawa kesan besar kepada rakyat jelata, maka kita buat keputusan yang tidak pernah kita buat sebelum ini.

“Saya fikir belum ada kerajaan sebelum ini pernah memutuskan sebagaimana yang saya lakukan untuk mengenakan PKP, itu sebagai satu cara untuk mengekang penularan wabak Covid-19,” katanya dalam temubual berkenaan yang disiarkan secara langsung di media arus perdana dan media sosial.

Muhyiddin menjawab soalan ketika tampil dalam satu temubual khas, malam tadi.

Dari sudut pandang rakyat, mereka menerima dan berpuas hati dengan keputusan kerajaan untuk melaksanakan PKP dan mereka turut menyokong untuk tempoh itu dilanjutkan jika perlu untuk memastikan jangkitan terus berhenti dan Malaysia selamat dari virus berkenaan.

Menurut Muhyiddin, ketika dilantik sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac, beliau tidak banyak memikirkan soal politik pada masa itu. Pada masa itu, hanya tinggal kira-kira 17 hari sebelum Malaysia melaksanakan PKP.

Beliau berkata, dirinya sendiri turut mengelak mengeluarkan kenyataan berbaur politik kerana menyedari rakyat muak dengan ‘cerita politik’ terutama yang menyentuh soal parti dan status kerajaan Pakatan Nasional (PN).

“Saya terus menumpukan kepada usaha membantu rakyat yang berdepan dengan penularan wabak Covid-19 serta merangka pakej rangsangan untuk memastikan ekonomi negara terus stabil.

“Saya dalam keadaan sejak awal saya duduk di kerusi Perdana Menteri, saya tak fikir soal politik. Saya tahu mereka muak cerita-cerita itu.

“Yang mereka nak tahu, apa kerajaan buat. Apa Perdana Menteri atau Jemaah Menteri dan juga pentadbiran kerajaan yang ada hari ini laksanakan untuk menangani isu penting (Covid-19) yang sedang mereka hadapi,” katanya.

Disebabkan itu, Muhyiddin berkata, beliau tidak mengeluarkan dalam mana-mana kenyataan sebelum ini termasuk keadaan sekarang mengulas soal yang berkaitan dengan hal politik.

“Nanti orang kata soal Covid-19 tak selesai, dia cerita soal parti dia, dia cerita soal gabungan dia, kerajaan dia, keabsahan dia. Yang ini rakyat tidak berminat,” katanya. – TRI

BBerkaitan

Latest articles