Muhyiddin Dakwa Masih Dapat Sokongan Majoriti, Desak Anwar Kemuka SD

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mempertikai pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dengan menggesa Presiden PKR itu mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

“Demi keyakinan rakyat akan keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, adalah sewajarnya beliau membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya di sidang media selepas Anwar mengangkat sumpah di Istana Negara, hari ini.

Jelas Muhyiddin, tindakan membuktikan sokongan itu selaras dengan prosedur yang ditetapkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun yang meminta calon Perdana Menteri menyerahkan akuan berkanun (SD) kepada Istana Negara.

Tambah beliau, ia perlu dibuktikan melalui proses yang ditetapkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat dalam surat bertarikh 22 November 2022 iaitu dengan kemukakan surat-surat akuan berkanun majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat.

Malah Muhyiddin mendakwa beliau memiliki sokongan majoriti Dewan Rakyat sebagai calon Perdana Menteri.

Katanya, ia dapat dibuktikan melalui SD daripada 115 Ahli Parlimen yang mencukupi untuk beliau dilantik sebagai Perdana Menteri sekali lagi.

Tambahnya, 114 SD itu diserahkan pada Isnin yang diakui diterima pihak Istana Negara serta menerima satu lagi SD keesokan harinya.

Muhyiddin berkata, jika Ahli Parlimen Tambun itu mampu membuktikan sedemikian, ia akan menyelesaikan kemelut kesahihan Anwar sebagai Perdana Menteri yang menjadi persoalan PN.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,604FollowersFollow
20,300SubscribersSubscribe

Terkini