KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi menggambarkan kemarahan Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang membara susulan beliau mungkin akan didakwa atas ‘kerosakan’ yang dilakukan sepanjang menerajui Kerajaan Pusat sebelum ini.
“Nada orang marah dan beremosi. Muhyiddin tunjuk berani walaupun bimbang dirinya mungkin didakwa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari Ini.
Muhyiddin, di Dewan Rakyat semalam berkata, rakyat akan bertindak balas terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya sering membuat tuduhan terhadap Perikatan Nasional (PN).
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga mendakwa Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri sekali gus menyaksikan PN menang – sebagai balasan rakyat terhadap tindakan kerajaan hari ini m
Ahli Parlimen Pagoh itu juga mendakwa kerajaan hari ini berniat jahat dengan membuat tuduhan yang tidak berlaku kononnya berlaku pelbagai penyelewengan semasa beliau menjadi perdana menteri.
Mohd Puad bagaimanapun mengingatkan Muhyiddin berkenaan tindakannya yang cuba bertahan lama sehingga meminta darurat dan menggantung Parlimen semasa pentadbirannya.
Begitu juga Muhyiddin pernah cuba untuk menyambung darurat tetapi ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja.
”Dijaja ke sana ke mari. Akhirnya boleh bertahan 17 bulan sahaja. Sempat buat banyak kerosakan,” katanya.