MUDA Ralat Tak Dijemput Ke Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malam Tadi

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Demokrasi Malaysia (MUDA) mempersoal mengapa pihaknya tidak dijemput ke mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang berlangsung di ibu pejabat UMNO malam tadi.

Apatah lagi, logo MUDA ada dipaparkan dalam bilik mesyuarat berkenaan, demikian menurut Setiausaha Agung MUDA, Amir Abd Hadi.

Malah dikatakan parti pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu tidak mendapat sebarang maklumat.

Menerusi ciapan di Twitter, Amir berkata, pihaknya mengetahui pemimpin utama kerajaan perpaduan mengadakan mesyuarat hanya melalui media.

“Khabarnya semalam berlangsung mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan. Nampak ada logo MUDA. Tapi tak tahu apa-apa.

“Tak ada jemputan. Tak ada makluman. Tahu-tahu dah ada keputusan. Mungkin sekurang-kurangnya, boleh bagi taklimat hasil mesyuarat?” kata beliau.

Dalam pada itu Amir menafikan MUDA menerima sebarang maklumat mengenai mesyuarat tersebut.

“Saudara. Saya Setiausaha Agung Parti. Kalau ada sebarang komunikasi, sudah tentu melalui saya.

“Tidak ada surat, mesej, email etc yang diterima. Kami hanya tahu ia berlangsung dari media,” balas Amir sebagai respon kepada balasan ciapan seorang pengguna Twitter.

Mesyuarat Sekretariat Kerajaan Perpaduan malam tadi menubuhkan Jawatankuasa Perundingan Kerusi, Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik, dan Jawatankuasa Komunikasi Strategik.

Jawatankuasa Komunikasi Strategik ditubuhkan bagi menjelaskan salah faham dan “fitnah melampau” terhadap kerajaan.

BBerkaitan

Latest articles