MUDA Kedah Cetus Kontroversi Dengan Poster

KUALA LUMPUR: Sudahlah rundingan penbahagian kerusi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sedang dijalankan bersama Pakatan Harapan (PH), namun MUDA Kedah bertindak mengeruhkan keadaan apabila mendakwa gabungan pembangkang dan PKR mengamalkan rasuah.

Poster tersebut dikongsikan di Facebook Penerangan Muda KEDAH dengan turut menggambarkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) juga mengamalkan rasuah.

Tertulis pada poster itu kenyataan berbunyi ‘Hentikan korupsi, undi dan ubah persepsi’.

Selepas dikecam, Penerangan MUDA Kedah dikenakan tindakan gara-gara poster berkenaan.

Ketua Penerangan MUDA Kebangsaan, Luqman Long berkata, perkongsian poster tersebut telah mengeruhkan hubungan MUDA dengan parti politik pembangkang yang lain.

Dia mendakwa, perkongsian poster berkenaan tidak mematuhi sebarang prinsip yang jelas dalam MUDA.

Luqman dalam satu kenyataan berkata, beliau mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap perkongsian poster berkenaan.

“Sebagai langkah ke hadapan, saya telah mengambil keputusan untuk menggantung Penerangan MUDA Kedah dari sebarang aktiviti berkaitan MUDA.

“Ini sama sekali tidak menfikan bahawa kekhilafan dari pihak saya telah mengeruhkan hubungan yang baik antara MUDA dan rakan-rakan pembangkang lain.

“Maka, saya memohon maaf atas kejadian yang tidak diingini ini dan bersedia untuk mengambil tanggungjawab sebagai Ketua Penerangan MUDA dengan apa-apa keputusan dan tindakan disiplin dari MUDA Nasional,” katanya.

Poster berkenaan bagaimanapun telah dipadam daripada Facebook Parti MUDA Kedah.

BBerkaitan

Latest articles