Muda Bertanggungjawab Atas Kekalahan Semua Calon PRN

KUALA LUMPUR: Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaklumkan partinya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan dalam PRN semalam selepas semua calonnya kehilangan wang deposit masing-masing.

Untuk rekod, Muda bertanding sebanyak 19 kerusi bagi enam Pilihan Raya Negeri (PRN), semalam.

“Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pengundi kerana mempercayai kami. Kami bertanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan itu,” katanya malam tadi.

Memetik FMT, Syed Saddiq turut menyebut mereka tidak menolak kemungkinan menyertai gabungan politik, selain menambah parti itu perlu “memikirkan” keputusan mereka.

Jun lalu, Muda yang sebelum ini menyokong Kerajaan Perpaduan membuat pendirian untuk bergerak secara solo dalam PRN, selepas permintaan untuk bertemu pemimpin Pakatan Harapan (PH) bagi membincangkan pakatan pilihan raya tidak diendahkan.

BBerkaitan

Latest articles