Muaythai Sukan Berpotensi, PGMS Gesa Pelbagai Pihak Beri Sokongan

KUALA LUMPUR: Persatuan Gabungan Muaythai Selangor (PGMS) terus menggilap potensi bakat-bakat muda dan percaya ia mampu memberi pulangan terbaik kepada kemajuan sukan Muaythai di peringkat negeri dan negara secara keseluruhannya.

Menurut Penasihat PGMS, Md Farek Md Urep, selain menggunakan peruntukan persatuan, PGMS turut merakam penghargaan kepada Jabatan Belia Dan Sukan Selangor yang menyumbang dana kepada persatuan itu untuk membolehkan kontinjen Muaythai Selangor menyertai Kejohanan Muaythai Elit Senior Dan Junior Kebangsaan 2022 akan diadakan di PUTIK, Kota Bharu, Kelantan.

“PGMS menghantar seramai 20 orang peninju terdiri daripada 13 orang peninju lelaki dan 7 orang peninju wanita.

“Kesemua peninju merupakan ahli kelab-kelab Muaythai di seluruh Selangor yang telah dipilih berdasarkan prestasi dan rekod cemerlang di kejohanan-kejohanan yang telah mereka sertai sebelum ini,” demikian memetik kenyataan persatuan berkenaan.

Selain itu, PGMS turut menyertai Kejohanan Muaythai Pro Kebangsaan 2022 yang akan diadakan di Stadium Panasonic Shah Alam, yang mana Selangor menjadi tuan rumah pada tahun ini.

Kejohanan merebut tali pinggang kebangsaan ini akan disertai empat peninju Muaythai muda Selangor yang berbakat iaitu, Raja Izaffudin; Vincent Seaw; Insyad Rumijam dan Daniel Kadir.

Melihat kepada potensi yang ada dalam kalangan atlet Muaythai negeri ini, PGMS menyeru kerjasama pelbagai pihak berkepentingan di Selangor untuk menyokong pembangunan sukan ini,

“PGMS juga berharap syarikat-syarikat di negeri Selangor boleh membantu menaja pasukan Selangor untuk tujuan pembangunan sukan Muaythai di negeri Selangor.

“Ini akan meningkatkan mutu dan permainan atlet Muaythai Selangor menjelang SUKMA KL 2022 yang akan berlangsung pada bulan Ogos akan datang,” kata Md Farek lagi.

BBerkaitan

Latest articles