‘Muak, Bosan’ Dengan Sikap Pimpinan, Naib Pimpinan DAP S’wak Umum Keluar Parti

Memberi alasan kecewa dengan arah tuju parti dan sikap kepimpinannya, Naib Pengerusi DAP Sarawak, Wong King Wei mengumumkan keluar parti pada semalam.

Kenyataannya juga semalam turut berkata ‘muak dan bosan’ dengan tingkah laku pemimpin dan ahli-ahli parti, termasuk perebutan untuk bertanding di kerusi Batu Lintang dalam pilihan raya akan datang.

Wong berkata kerusi itu sememangnya diperuntukkan untuk PKR.

“Kenapa kau buat begitu pada sekutu kamu? Kenapa tak boleh duduk berbincang dengan rakan kamu dan selesaikan hal itu bersama?” katanya.

Wong dalam pada itu berkata tindakannya keluar parti membolehkan DAP mencari calon baru dalam PRU15 untuk menggantikannya.

Dalam masa yang sama ADUN Padungan itu juga meluahkan rasa tidak senangnya terhadap cara serangan sesama pimpinan parti setelah wujudnya perbezaan pendapat.

Beliau merujuk kepada serangan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen, Michael Kong, terhadap ahli perniagaan, Richard Wee, membuatkannya tidak selesa.

“Saya muak dan bosan dengan cara politik seperti itu. Saya kecewa dengan arah tuju dan cara parti dikendalikan yang menyimpang daripada tujuan, objektif dan perjuangan ketika saya kali pertama menyertainya pada 2006,” katanya.

Wong menolak pandangan beliau bertindak keluar daripada DAP kerana ingin menyokong parti politik yang lain.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,792FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini