MP Kulai “Lahabau”-kan Orang Melaka?

MELAKA: Dalam kerancakan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka hari ini, satu insiden lucu berlaku membabitkan pemimpin DAP.

Tular di media sosial adalah tangkap layar poster sokongan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching untuk kesemu calon DAP untuk PRN Melaka.

Yang menjadi isu adalah penggunaan perkataan ‘Lahabau’ yang sering digunakan masyarakat di Melaka, yang sedikit sebanyak membawa maksud yang kasar dan mungkin tidak sopan.

Apatah lagi untuk digunakan bagi tujuan berkempen untuk pilihan raya.

Poster berkenaan bertajuk “Lahabau Melaka, Jom Undi.”

Persoalan timbul apakah Nie Ching tidak mengetahui apakah maksud perkataan berkenaan.

Dipercayai poster berkenaan dimuatnaik di Facebook Nie Ching sekitar jam 3:14 petang tadi.

Bagaimanapun selepas hampir 50 minit dimuatnaik, tinjauan di laman Facebook bekas Timbalan Menteri Pendidikan di zaman Pakatan Harapan (PH) itu mendapat poster berkenaan telah dipadamkan.

 

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,912FollowersFollow
21,600SubscribersSubscribe

Terkini