‘Mowgli Malaysia’ Bersedih, Lebih 30 Ekor Kerbau Mati Mengejut

Muhammad Syukur Khamis, atau lebih dikenali sebagai ‘Mowgli Malaysia’ meluahkan rasa sedihnya dengan kematian lebih dari 30 ekor kerbaunya secara mengejut sejak Rabu lalu.

Memetik laporan BH, beberapa kerbau juga didapati mati bergelimpangan di dalam kandang di kampungnya di Kuala Terengganu.

“Pada mulanya hanya seekor yang mati pada Rabu tanpa sebarang tanda kematian dan disangka penyakit biasa.

“Keesokan harinya, seekor lagi yang mati sebelum dua ekor pada Jumaat, empat ekor pada Sabtu dan 11 ekor pada Ahad.

“Hari ini sahaja 10 ekor mati dan dijangka lebih lima ekor lagi yang akan mati kerana sebab yang sama,” katanya ketika ditemui.

Syukur, 15, dalam pada itu memberitahu ayahnya, Khamis Jusoh terkesan dengan kejadian itu apatah lagi telah menternak kerbau sejak 50 tahun yang lalu.

“Ayah yang paling sedih dengan kejadian itu… ia pertama kali berlaku dan dibimbangi semua kerbau akan mati.

“Kerbau kesayangan saya iaitu Samek dan Along setakat ini masih dalam keadaan baik dan sudah disuntik vaksin pencegahan,” katanya.

Khamis, 64 ketika ditemui juga memaklumkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu telah datang ke kandang kerbau miliknya dan melakukan siasatan terhadap kematian mengejut kerbau-kerbau tersebut.

“Berkemungkinan besar ia mati kerana penyakit hawar berdarah bagaimanapun keputusan ke atas pemeriksaan itu akan diperoleh dua minggu lagi.

“Kerbau yang mati itu hanya mengalami selsema tanpa menunjukkan tanda-tanda diserang penyakit,” katanya.

Khamis turut menganggarkan kerugian terhadap kematian kerbaunya itu sehingga RM200,000.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Hampir 16,000 Masjid Di Xinjiang Dirobohkan Kerajaan China

Pasukan pemikir Australia mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 16,000 masjid di wilayah Xinjing telah dirobohkan, selain lebih dari sejuta munoriti Islam Uighur dan komuniti berbahasa Turkic...

Tun M Kata Tak Akan Bertanding Dalam PRU15

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu bahawa dirinya tidak akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang, sekaligus...

Lebih 1 Juta Rakyat Sabah Memilih Hari Ini

  Hari ini merupakan penentuan kepada pilihan rakyat Sabah untuk siapakah yang layak mentadbir mereka untuk memacu pembangunan dan kemajuan rakyat dan negeri. Pergolakan politik sejak...

YDPA Tak Terima Mengadap Selama Seminggu

Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan menerima menghadap daripada sesiapun...

Bersatu: Cukup Penafian MP Umno, Tak Perlu Penjelasan Zahid

Bersatu tidak berhasrat mendapatkan penjelasan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung dakwaannya bahawa ramai ahli parti itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausahanya,...