MOSTI, Tsinghua University China Wujud Kerjasama Bidang Ekosistem

LANGKAWI: Dalam usaha membangunkan bidang inovasi ekosistem, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah melakukan perbincangan dan perkongsian strategik bersama Tsinghua University China.

Seramai 30 pengasas dan eksekutif ijazah kedoktoran daripada perusahaan sains, teknologi dan inovasi, industri pembuatan, industri kewangan, bidang pelaburan ekuiti swasta, dan syarikat IoT di China terlibat dalam sesi perbincangan dan perkongsian pengalaman tersebut.

Sesi ini diadakan selepas adanya Lawatan Sambil Belajar Tsinghua University, China ke Malaysia pada 23 hingga 28 Mei 2023 yang dianjurkan TusStar Malaysia.

Kesemua mereka kemudiannya diraikan dalam satu Majlis Makan Malam di Sheraton Imperial Kuala Lumpur pada 26 Mei dengan turut dihadiri wakil-wakil Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) selain daripada MRANTI dan pemain industri Malaysia, yang mana ia merupakan salah satu daripada kolaborator MRANTI.

Selain Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D MOSTI, Dr. Nor Azlina binti Ariffin yang mewakili Ketua Setiausaha, Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, sesi perkongsian turut diadakan oleh Kelvinder Singh Maan dari MDEC dan Ng Karsin dari MRANTI di samping wakil-wakil syarikat swasta di Malaysia termasuk syarikat guaman.

Dalam satu kenyataan, MOSTI memaklumkan bahawa sesi makan malam tersebut sebagai satu platform untuk kedua-dua negara berkongsi pengalaman dan pandangan terhadap ekosistem inovasi di Malaysia serta peluang untuk pemain industri kedua-dua negara dalam meneroka potensi kerjasama dan peluang perniagaan.

Latest articles

Related articles

spot_img