MOSTI Kaji Kaedah Pembelajaran OKU Dalam STI, Beri Hak Dan Peluang Yang Sama Dengan Golongan Normal

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak kurang upaya, OKU berhak mendapat hak dan peluang yang sama seperti mana yang diterima oleh golongan normal dalam bidang Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), kata Chang Lih Kang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, MOSTI akan mengkaji kaedah untuk menambah baik pembelajaran dalam bidang STI bagi menarik minat kanak-kanak orang kurang upaya (OKU).

“Mereka (orang kurang upaya, OKU) perlu diberi peluang yang sama walaupun pendekatan itu berbeza kerana mereka adalah OKU.

“Macam alat-alat (kaedah) yang kita nak pamer dan program yang nak dipersembahkan itu perlu ada sedikit pelarasan dari segi pendekatan tetapi dari segi isi itu saya rasa mereka berhak untuk dapat sekurangnya mereka mengenali Sains, Teknologi, dan Inovasi (STI),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas pelancaran Hari Istimewa Sains 2023 bertempat di Pusat Sains Negara (PSN), di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI Ruziah Shafei dan  Pengarah Pusat Sains Negara, Mismah Jimbun.

Chang berkata, pihaknya membuka ruang kepadai pakar-pakar dalam bidang berkenaan untuk meningkatkan kaedah pembelajaran dalam bidang STI kepada golongan OKU.

Pada masa sama, Chang berkata program ini juga selari dengan sokongan MOSTI terhadap Dasar OKU yang memberi hak dan peluang kepada semua lapisan masyarakat termasuk `OKU untuk menerima pendidikan sepanjang hayat dalam bidang STI.

Hari Istimewa Sains membawakan konsep bermain sambil belajar  untuk memberi galakan dan pendedahan kepada golongan OKU untuk menerokai Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui deria (penglihatan, sentuhan, bau, rasa dan pendengaran).

Program yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini menyediakan aktiviti seperti kreatif hands-on, demonstrasi sains, persembahan anak-anak OKU, bengkel permainan sensori dan ekplorasi alam.

BBerkaitan

Latest articles