MOSTI, HOSA Bincang Kerjasama, Kemajuan Bidang Angkasa

LANGKAWI: Bersempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA ’23), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada hari ini mengadakan perbincangan meja bulat bersama Ketua-ketua Agensi Angkasa Negara Rantau atau Head of Space Agency (HOSA).

Ia bertujuan membincangkan kerjasama serantau dalam aspek keselamatan dan kelestarian teknologi angkasa.

Bertajuk Empowerment of Space Collaboration in Asean, HOSA Roundtable itu telah dihadiri oleh barisan pemimpin dari agensi angkasa negara di rantau Asia Tenggara.

“Ia sebagai usaha untuk mengukuhkan lagi jaringan kerjasama strategik dalam sektor angkasa serantau.

“Wakil pemimpin dari Sembilan buah negara yang menyertai HOSA ialah Malaysia, Brunei, Cambodia, Indonesia, Filipina, Singapura, Timor Leste dan Vietnam,” demikian memetik kenyataan kementerian berkenaan.

Terdahulu perbincangan meja bulat itu berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), hari ini.

Sesi meja bulat ini diadakan secara hibrid dan telah dipengerusikan oleh YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Manakala, Ketua Pengarah Agensi Angkasa Malaysia (MYSA), Azlikamil Napiah pula bertindak sebagai moderator.

BBerkaitan

Latest articles