Moratorium Pembiayaan: Pelanggan Bank Rakyat Perlu Isi e-Borang

Pelanggan Bank Rakyat diminta mengisi e-Borang untuk memaklumkan kepada pihak bank berkenaan kaedah penerimaan tawaran moratorium pembiayaan selama enam bulan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Rosman Mohamed, Bank Rakyat komited memastikan kelancaraan penyediaan kemudahan moratorium pembiayaan kepada pelanggan sebagaimana yang diumumkan oleh Bank negara pada 25 Mac lalu.

“Pelanggan hanya perlu memberi maklum balas melalui ‘e-borang’ yang disediakan di laman sesawang Bank Rakyat atau melalui capaian https://mora.bankrakyat.com.my yang dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Mereka dikehendaki menghantar ‘e-borang’ yang telah diisikan sebelum atau pada 29 Mei 2020. Pelanggan yang tidak memberikan maklum balas dalam tempoh yang telah diberikan akan dikira sebagai tidak meneruskan moratorium,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujar Rosman, bagi pelanggan yang mahu meneruskan moratorium, penstrukturan semula pembiayaan dengan kadar keuntungan asal dan lanjutan tempoh moratorium akan dilaksanakan.

Namun bagi mereka yang tidak mahi meneruskan moratorium, mereka perlu menjelaskan ansuran bulanan seperti biasa mulai Jun ini.

“Mereka juga akan diberi tempoh masa untuk menjelaskan ansuran bulanan yang tidak dibayar sebelum ini semasa tempoh moratorium tanpa sebarang caj lewat bayar.

“Menerusi pengumuman ini adalah diharapkan pelanggan Bank Rakyat yang terdiri daripada usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), mikro dan koperasi termasuk golongan B40 dapat menjalani tempoh yang mencabar ini secara positif serta yakin bahawa Bank Rakyat sentiasa prihatin dengan isu membabitkan keperluan pelanggannya di seluruh negara,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles