Mondy Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Pendakwah, Caprice Nafi Sengaja Buat Content Panas

KUALA LUMPUR: Siri Podcast yang dikendalikan penyanyi rap Caprice pada malam tadi menjadi panas apabila wanita bertatu bernama Mondy Tattoo yang pernah dibantu Ustaz Ebit Lew mendakwa dirinya juga menjadi mangsa pendakwah bebas berkenaan.

Dia memberitahu dirinya terkejut apabila pendakwah itu mengusap tangannya ketika duduk bersebelahan di dalam kereta.

Kejadian itu didakwa berlaku ketika hari pertama Mondy sampai ke Malaysia, selepas pendakwah itu mahu membawanya ke sini atas alasan ingin membimbing beliau ke arah agama.

Bahkan, untuk mengelakkan kejadian itu tidak diketahui pembantu dan pemandunya, Mondy berkata pendakwah itu turut meletakkan beg dihadapan mereka.

Mondy juga mendedahkan ada ketika pendakwah itu membuat aksi mengangkat jubahnya dan cuba merapati badannya untuk berbual.

Bahkan pendakwah itu juga beberapa kali memuji kecantikan tatu di wajahnya, dakwa Mondy lagi.

“Dia usap seperti ini, bila hampir ketahuan dia tutup dengan beg.”

Bukan itu sahaja, di dalam temubual itu juga Mondy turut mendakwa beliau dipaksa berlakon untuk solat dan mengaji demi kandungan (content) pendakwah berkenaan di media sosial.

“Aku mahu membela diri aku bahawasanya kamu semua tak tahu apa yang saya alaminya.

“Yang kamu tahu dia baik, belikan saya itu ini kasi duit tapi kamu tidak tahu betapa jahatnya dia, kotornya dia seperti apa?

“Sepanjang 2 bulan itu aku rasa mahu pulang tapi dia kata jangan,”katanya.

Terdahulu Mondy pernah menjadi hos bersama pendakwah itu di Live aplikasi Tiktok dengan menjual sambal.

Ditanya Caprice sama ada dirinya pernah mengadu perbuatan itu kepada pembantu pendakwah tersebut, Mondy mendakwa ada berbuat demikian kepada salah seorang pembantu lelaki itu.

Dalam pada itu dia membuat keputusan pulang ke negara asalnya selepas tidak tahan diperlakulam sedemikian rupa.

Sementara itu, Caprice mendakwa dirinya mempunyai bukti kukuh dan lengkap seperti yang ditunjukkan Mondy sebelum membuat keputusan memanggil wanita itu di dalam siri Podcastnya.

Bahkan beliau turut menegaskan ia bukan sekadar content dan tidak dibayar, sebaliknya ingin menegakkan keadilan dan menceritakan sisi sebenar pendakwah yanh disebut itu.

Tinjauan ke akaun sosial pendakwah itu juga mendapati sudah lama tidak memuatnaik sebarang hantaran baru, dengan video terakhir kunjungannya adalah ke Indonesia pada Julai lalu.

Untuk rekod pendakwah itu sedang berhadapan dengan beberapa pertuduhan di mahkamah atas dakwaan gangguan seksual.

BBerkaitan

Latest articles