Mohd Rafiq letak jawatan Pengerusi PN, Ketua Bersatu Melaka

Kuala Lumpur ~~ Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka Mohd Rafiz Naizamohideen hari ini mengumumkan peletakan jawatan hari ini, beberapa hari selepas gabungan itu gagal menguasai kerajaan negeri dalam pilihan raya negeri (PRN).

Beliau yang merupakan naib presiden Bersatu turut melepaskan jawatannya sebagai pengerusi negeri dan mengatakan surat peletakan jawatannya akan diserahkan kepada Pengerusi PN Muhyiddin Yassin esok.

“Peletakan jawatan ini bagi memberi peluang kepada kepimpinan baru untuk mengetuai Bersatu Melaka dan PN Melaka supaya mempunyai masa yang mencukupi bagi membuat segala persiapan bagi menghadapi PRU15,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, peletakan jawatan ini juga bagi membolehkan segala fokus dapat saya berikan untuk memperkukuhkan kedudukan & sokongan rakyat terhadap Perikatan Nasional Parlimen Tangga Batu & BERSATU Bahagian Tangga Batu serta memberi tumpuan sepenuhnya terhadap tanggungjawab saya sebagai Naib Presiden BERSATU menjelang PRU-15.

‘ Saya berharap & berdoa agar rakyat Melaka & Rakyat Malaysia dapat terus memberikan sokongan kepada Perikatan Nasional pimpinan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan moga-moga Perikatan Nasional akan mencapai kejayaan yang cemerlang pada PRU-15 yang bakal tiba nanti katanya.

Dalam PRN Melaka baru-baru ini,Mohd Rafiq memperolehi 3148 undi tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang mendapat 4759 undi.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,513FollowersFollow
20,100SubscribersSubscribe

Terkini