Mohd Kurniawan Angkat Sumpah Wakili Kinabatangan Di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan yang baharu, Mohd Kurniawan Naim Moktar secara rasmi mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat Dewan Rakyat, hari ini.

Upacara itu berlangsung di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, dengan disaksikan oleh barisan ahli Parlimen daripada kedua-dua blok kerajaan dan pembangkang.

Mohd Kurniawan mencipta kemenangan bergaya apabila berjaya mengekalkan legasi bapanya, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, dengan mempertahankan kerusi Parlimen Kinabatangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung Sabtu lalu.

Pada PRK berkenaan, beliau memperoleh sebanyak 19,852 undi dan menang dengan majoriti besar iaitu 14,214 undi.

Pesaing terdekatnya, Datuk Saddi Abdul Rahman, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sukau, meraih 5,638 undi, manakala calon Bebas, Goldam Hamid, memperoleh 946 undi.

PRK Kinabatangan diadakan susulan kekosongan kerusi selepas pemergian Bung Moktar pada 5 Disember lalu, kurang seminggu selepas Allahyarham memenangi kerusi DUN Lamag dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 29 November 2025.

BBerkaitan

Latest articles