Mohd Khairuddin Bertanding Di Kuala Nerus Sebagai Calon BN?

KUALA LUMPUR: Meskipun belum ada pengesahan dari empunya diri, namun penyandang kerusi Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali diura-urakan bakal menyertai Barisan Nasional (BN).

Bahkan kelibatnya semakin kerap kelihatan dalam program dan kempen BN, terutama ketika mus PRU15 ini.

Malam tadi, bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komodoti itu turut menyampaikan ceramah di Pusat Daerah Mengundi Permatang Buluh di Yan, Kedah bersama Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Khabar angin semakin kuat mengatakan bekas Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS itu bakal menyertai BN selepas calon gabungan itu bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus dijangka tidak diumumkan pada majlis di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur malam ini.

Menurut sumber, pengumuman calon bagi kerusi tersebut akan dibuat pada tarikh lain yang akan ditentukan kemudian.

“Difahamkan, rundingan bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus masih dijalankan,” kata sumber memetik laporan MalaysiaGazette hari ini.

BBerkaitan

Latest articles