Mohd. Amar Nafi ‘Baloh’ Dengan Takiyuddin

KUALA LUMPUR: Tular sejak semalam adalah perbualan Whatsapp mengaitkan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan ekoran strategi parti menukar kepimpinan kerajaan negeri jika parti menang di Kelantan.

Ditanya hal itu, Mohd. Amar bagaimanapun menafikannya.

“Saya tidak pernah bergaduh dengan beliau, memang kadang-kadang kami ada berbalah mengenai sesuai isu ketika mesyuarat parti.

“Bagaimanapun, perbalahan itu berhenti tidak lama selepas itu”katanya selepas mengundi di SK Panji, Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Kononnya inti pati perbualan itu dilaporkan Mohd. Amar tidak berpuas hati apabila beliau akan digugurkan daripada pentadbiran kerajaan negeri.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada hari ini mendakwa langkah menukar nama Menteri Besar Kelantan dan Timbalannya adalah kerana keadaan kesihatan Datuk Ahmad Yaakob.

Mengulas hal itu, Mohd. Amar redha dengan keputusan yang dibuat Presiden PAS untuk menukar kepimpinan negeri itu jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.

Malah, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panchor itu berkata, perkara tersebut bukan satu masalah besar kepadanya.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu ini kerana keputusan telah dibuat oleh Presiden Pas selepas mendapat perkenan Sultan Kelantan,” katanya selepas mengundi di SK Panji, Kota Bharu, Kelantan hari ini.

Mohd. Amar menasihatkan semua pihak untuk menunggu perkembangan lanjut berhubung perkara ini.

BBerkaitan

Latest articles