Modul Hadis 40 Imam Nawawi Bukan Paksaan Untuk Bukan Islam

KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO menyokong sepenuhnya inisiatif kerajaan memperkenalkan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah.

Ketuanya, Dr Akmal Saleh juga menggesa tiada lagi kritikan dan pertikaian dari mana-mana pihak dalam usaha menyuburkan ajaran Islam di sekolah.

“Maka, jangan pertikaikan usaha untuk menyuburkan ilmu agama Islam di dalam sekolah.

“Jika ada yang mempertikaikan, tidak kira kawan mahu pun lawan, berhadapanlah dengan Pemuda Umno dahulu. Noktah,” katanya di Facebook.

Kementerian Pendidikan pada 19 Ogos lepas melancarkan modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi bertujuan memupuk penghayatan hadis bermula di peringkat sekolah lagi.

Modul itu akan mula dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sebelum diedarkan ke sekolah-sekolah di bawah KPM tahun depan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menjelaskan, kerajaan tidak pernah memaksa golongan bukan Islam untuk menghafal atau mendalami himpunan Hadis 40 Imam Nawawi.

BBerkaitan

Latest articles