Modal ‘Kluster Mahkamah’ Dah Tak Laku Di Mata Rakyat

JOHOR BAHRU: Isu lapuk digunakan pembangkang terhadap segolongan pemimpin Barisan Nasional (BN) seperti ‘kluster mahkamah’ tidak lagi laku dalam kalangan rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, rakyat semakin bijak menilai perkara yang sebenar.

Tambah beliau, taktik kotor pembangkang langsung tidak meninggalkan kesan kudis kepada dirinya.

“Dia tiada modal lain.Saya sebenarnya seronok kalau saya dan Datuk Zahid dijadikan sasaran, bagus.

“Sebab bagi pengundi mereka hendak nilai siapa yang boleh memberi kesejahteraan kepada mereka, siapa yang boleh membela mereka, jadi itulah soal dan agenda utama dalam PRN negeri ini, bukan saya atau Datuk Zahid,” katanya ketika ditemui selepas bersarapan pagi di Warong Roti Canai Fendi di Taman Cempaka Kempas hari ini.

Najib mengingatkan rakyat untuk memilih kerajaan yang dapat memberi perkhidmatan terbaik buat mereka.

Najib turut meminta rakyat agar tidak lagi tertipu dengan janji-janji pembangkang.

Dalam perkembangan lain, Najib menjangkakan BN mampu meraih peluang cerah untuk menang di DUN Kempas, meskipun wujud pertembungan antara tujuh calon.

Namun dalam masa yang sama beliau mengingatkan BN agar tidak terlalu selesa, sebaliknya harus bekerja keras demi mencapai matlamat menambat hati rakyat Johor.

“Kita tidak boleh merasakan terlalu optimis, kita mesti kerja keras dan yakin kita menawarkan agenda baik untuk rakyat. Kita mesti bertawaduk bahawa kita minta mandat kepada rakyat supaya rakyat membuat penilaian bijak kepada kita,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles