MMA: Bekas Pesakit Covid-19 Boleh Bekerja Seperti Biasa

Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) mengingatkan bekas pesakit wabak Covid-19 untuk tidak terlalu takut dan risau bahawa virus itu boleh menjangkiti mereka semula sehingga menjejaskan pekerjaan dan aktiviti seharian mereka.

Penegasan itu dinyatakan Presidennya, Dr N Ganabaskaran susulan kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bahawa ada kemungkinan bekas pesakit dijangkiti virus itu semula.

Ujarnya lagi risiko jangkitan semula adalah rendah dan pesakit sembuh boleh kembali bekerja kecuali mereka dinasihatkan untuk berehat selepas dibenarkan keluar dari hospital.

Namun Ganabaskaran mengingatkan bekas pesakit untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti kebersihan diri, memakai topeng, penjarakan sosial dan diet seimbang.

“Jika mereka sekali lagi berdepan kes diketahui Covid-19 atau pesakit dalam siasatan, mereka perlu menghubungi majikan dan segera ke kemudahan kesihatan awam untuk menjalani ujian saringan,” katanya memetik FMT.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini