KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini berlangsung dalam suasana yang sarat emosi apabila seluruh kepimpinan parti berkumpul buat pertama kali sejak pemergian tokoh veteran UMNO Sabah, Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Sebelum mesyuarat bermula, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan sesi dimulakan dengan bacaan tahlil dan doa selamat sebagai penghormatan kepada Allahyarham.
Bacaan tersebut dipimpin Datuk Seri Jamil Khir, dengan semua yang hadir menzahirkan rasa sedih ketika mengenang kehilangan bekas Ketua UMNO Sabah itu.
Bung Moktar, 66, menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu pada 5 Disember lalu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas.
Pemergiannya memberi kesan mendalam kepada ahli parti, lebih-lebih lagi ketika UMNO baharu sahaja melalui Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17.
Dalam pada itu mesyuarat yang dijalankan malam ini dijangka menyentuh sedikit mengenai post-mortem PRN Sabah.










