MKT Putuskan Semua MP, ADUN Terus Sokong Anwar

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan malam tadi mengambil pendirian supaya semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu terus menyokong Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, perkara itu diputuskan oleh MKT UMNO pada 24 November 2022 dan diluluskan sebulat suara oleh perwakilan Perhimpunan Agung UMNO pada 14 Januari 2023.

“Mesyuarat memperakukan bahawa semua Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN UMNO akan terus mendokong pendirian parfi untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi berkata, UMNO bersetuju untuk menganjurkan Konvensyen Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri bermula bulan hadapan selain menganjurkan Kolokium Khas berhubung Kongres Ekonomi Bumiputera.

“Bagi memastikan agenda Melayu terus diperkasakan, UMNO pada 6 Januari 2024 akan mengadakan Kolokium Khas Bersempena Kongres Ekonomi Bumiputera yang bakal membentangkan hala-tuju dan tawaran ekonomi baharu untuk umat Melayu di negara ini,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles