MKN akan keluarkan arahan Kepada Semua Pihak – PM

PUTRAJAYA: Majlis Keselamatan  Negara (MKN) akan mengeluarkan pengarahan kepada semua pihak berhubung tindakan-tindakan yang perlu dilakukan dengan segera berhubung bencana banjir ketika ini ujar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Perdana Menteri berkata, perkara itu diputuskan menerusi Mesyuarat Khas Penyelarasan Bencana Negara yang dipengerusikan beliau hari ini sekali gus menetapkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tetap menjadi sekretariat utama pengurusan bencana dan mengendalikan semua penyelarasan.

Bagaimanapun, kata beliau, sekiranya sesuatu tindakan itu tidak dipatuhi, maka MKN akan mengeluarkan arahan lanjut.

Menerusi satu kenyataan Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa perkara mengenai tindakan kerajaan yang diantaranya

“Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk aktiviti pemulihan pasca banjir bagi membaik pulih rumah dan infrastruktur yang rosak.

“Bantuan Wang Ihsan sebanyak RM1,000 diberikan kepada setiap ketua isi rumah yang terjejas akibat banjir sama ada yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau tidak,” katanya

” Untuk membantu usahawan pula, pembiayaan kewangan diberikan sehingga RM5,000 melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Pembiayaan ini adalah tanpa faedah/keuntungan dengan tempoh bayaran yang bermula hanya selepas 6 bulan perjanjian pembiayaan ditandatangani.

Menurut Ismail lagi, Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) telah bersetuju menyumbang kepada kerajaan termasuklah dari Petronas; Yayasan Petronas; Khazanah Nasional dan Yayasan Hasanah; Yayasan Sime Darby; CIMB; Celcom; Telekom Malaysia; Yayasan UEM; dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

” sebanyak RM50.8 juta bagi membantu usaha menangani bencana banjir dan usaha pemulihan pasca banjir. Ini adalah peningkatan lebih 100% berbanding jumlah RM25 juta yang diumumkan semalam.

” ini bermakna dana untuk usaha menangani impak banjir dan pemulihan pasca-banjir adalah RM75.8 juta.

Sementara itu, Kerajaan juga bersetuju untuk memberikan dua bulan pengecualian sewa (rental waiver) kepada penyewa SME Bank’s Entrepreneur Premises Complex yang terjejas akibat banjir. Kerajaan melalui SME Bank juga akan memudah cara permohonan penstrukturan semula pinjaman yang terjejas akibat banjir.

” Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir melalui TEKUN Nasional.

Katanya, kerajaan melalui SME Bank juga akan memudah cara permohonan penstrukturan semula pinjaman yang terjejas akibat banjir.

Selain itu, kata beliau, kerajaan turut memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir melalui TEKUN Nasional.

“Koperasi yang terjejas juga akan dibantu melalui Bantuan Kecemasan Koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia sehingga RM30,000,” katanya.

Menyentuh mengenai isu banjir di Taman Seri Muda, Shah Alam, Ismail sabri berkata perkara itu perlu diselesaikan dengan kadar segera, justeru, beliau mengarahkan semua agensi mengatur kerja dengan lebih agresif untuk membantu mangsa banjir di sana.

Sehingga petang ini, katanya, sebanyak 41 bot, 16 lori serta aset-aset lain digerakkan ke Taman Seri Muda dengan kekuatan anggota pasukan penyelamat seramai 321 orang.

“Saya telah mengarahkan Kementerian Alam Sekitar dan Air menerusi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk menggerakkan segera 20 aset pam mudah alih ke kawasan yang terjejas, tambahan kepada empat buah pam sedia ada.

“Ini bertujuan mengepam air dari kawasan yang mengalami banjir genang (yang biasa dikenali sebagai banjir termenung) ke sungai yang berhampiran. Pam-pam tambahan yang diperoleh daripada pelbagai agensi termasuk yang dimiliki JPS Selangor akan digunakan untuk mengalirkan air genang ke Sungai Kelang,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri turut bersetuju dengan cadangan supaya beberapa bahagian benteng sungai dipecahkan atau ditebuk buat sementara untuk mengalirkan air genang segera keluar ke sungai dan lokasi penebukan sedang dimuktamadkan.

Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan mengalu-alukan sekiranya ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir tetapi perlu merujuk kepada Pusat Pengurusan Bencana Daerah terlebih dahulu

BBerkaitan

Latest articles