More

    MKM Holding Meterai 3 MOU, Perkasakan Revolusi Industri 4.0

    MKM Global Holdings Sdn Bhd (MKMGH) anak syarikat milik penuh Institusi Koperasi Malaysia (IKM) telah memeterai tiga perjanjian Kerjasama (MOU) dalam usaha memperkasakan revolusi industri 4.0.

    MOU pertama di tandatangani bersama China Asia Economic Association ke arah usahasama dengan Luban Workshop China. Luban Workshop merupakan pendidikan vokasional oleh Kerjaan China dalam menyediakan latihan teknikal bagi mempromosikan revolusi industri 4.0.

    Kerjasama merupakan langkah ke hadapan MKMGH dalam menyahut cabaran Kerajaan untuk bersama memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) di Malaysia dan Kerjasama antarabangsa ini merupakan insiatif Belt and Road.

    Dalam majlis yang sama MKMGH turut memeterai perjanjian bersama Ikram Education Sdn Bhd iaitu pemilik Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL). MOU ini adalah kerjasama strategik antara IUKL dengan Kolej iCOOP yang juga merupakan milik penuh MKMGH.

    Kolej iCOOP merupakan satu-satunya institusi pendidikan koperasi di Malaysia berperanan melahirkan modal insan yang berkelayakan lagi kompeten khususnya dalam bidang koperasi serta membentuk ahli koperasi yang berpendidikan tinggi.

    Dalam perkembangan sama, MKMGH turut memeterai perjanjian bersama M Solution Sdn Bhd yang menyediakan kepakaran dalam teknologi digital.

    Hadir menandatangi perjanjian tersebut, Datuk Wira Rosli Mat Hassan, Pengerusi MKMGH merangkap Pengarah Institutsi Koperasi Malaysia, Datuk Andy Zhao Guanming, Eksekutif Naib Presiden China Asia Economic Association, Datuk Sri IR Chong Ket Pen, Pengerusi Eksekutif IKRAM Education dan Haji Ezwan Shah Kahar, Ketua Pegawai Eksekutif M Solution.

    Turut hadir menyaksikan MOU tersebut, Datuk Iskandar Abdul Malik, Pengarah Pengarah Institusi Koperasi Malaysia, Datuk Sri Amim A. Wahab, Pengarah Institusi Koperasi Malaysia, Datuk yong Teck Shing, Pengarah Eksekutif China Asia Economic Association dan Prof Dr Ideris Zakaria, Pengerusi IUKL.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini