Misteri Bau Busuk Bongkar Tragedi Ngeri Tiga Beranak Mati Dalam Rumah

SUNGAI PETANI: Misteri kehilangan sebuah keluarga sejak beberapa Hari lalu terjawab apabila tiga beranak ditemui mati dalam keadaan mengerikan di rumah mereka di Kampung Belau, Merbok, tengah malam tadi.

Mayat pasangan suami isteri ditemukan tidak sempurna dan dibalut dalam karpet di dapur, manakala anak lelaki mereka ditemui di tingkat atas dengan kesan kelar di leher.

Keadaan mayat yang sudah membengkak dan berbau kuat dipercayai menunjukkan mereka telah meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemui.

Penemuan itu hasil gerakan mencari oleh polis bersama penduduk kampung selepas keluarga terbabit gagal dihubungi.

Semua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat, manakala polis mengesahkan kes dan sedang menjalankan siasatan lanjut.

BBerkaitan

Latest articles