Misi Gempur SUKMA 2026: Kerajaan Negeri Sembilan Suntik RM5 Juta Persiapan Atlet

NILAI – Kerajaan Negeri Sembilan menzahirkan komitmen jitu dalam memartabatkan agenda belia dan sukan menerusi suntikan peruntukan besar berjumlah RM9.7 juta bagi memastikan pembangunan sektor itu kekal kompetitif.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan negeri, YB Dato’ Haji Mustapha Nagoor memaklumkan, peruntukan tersebut merangkumi RM3.7 juta bagi pengurusan belia, RM1 juta untuk infrastruktur sukan, manakala RM5 juta dikhaskan sebagai persediaan rapi menghadapi temasya SUKMA 2026.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri sentiasa memastikan setiap kejayaan atlet yang mengharumkan nama Negeri Sembilan diberi penghargaan sewajarnya tanpa ada mana-mana pihak yang tercicir daripada menerima pengiktirafan.

“Belia dan sukan adalah teras strategik pembangunan kita. Kita mahu setiap kejayaan dihargai dan setiap bakat akar umbi terus dicungkil melalui pelbagai inisiatif yang telah dirancang,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Apresiasi Belia dan Sukan Negeri Sembilan 2025 di Dataran Nilai, baru-baru ini.

Sepanjang tahun 2025, pelbagai program berskala besar berjaya dilaksanakan termasuk Negeri Sembilan Seven Wonders Challenge 2.0 (NS7WC 2.0), Family Neon Walk, dan Madani Youth Leadership Camp (MYLead) bagi melahirkan barisan pemimpin muda berwibawa.

Majlis tersebut turut menyaksikan penganugerahan Ikon Sukan Kategori Awam sebagai simbol penghargaan kepada individu masyarakat yang aktif mempromosikan gaya hidup sihat. Mustapha turut merakamkan penghargaan kepada rakan strategik dan penaja seperti Matrix Concepts yang menjadi tulang belakang kejayaan agenda pembangunan sukan negeri.

BBerkaitan

Latest articles