Miliki, Tanam Ganja: Yasin Diperintah Bela Diri

KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Jangan Ya Laila, Yasin Sulaiman diarahkan membela diri selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tiga pertuduhan berkaitan dadah yang dihadapinya.

Keputusan tersebutu diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Faiz Dziyauddin petang ini.

Komposer yang nama penuhnya Muhammad Yasin Sulaiman, 48, itu bagaimanapun memilih untuk berdiam diri selepas diberi tiga pilihan untuk membela diri.

Peguam yang mewakilinya, Ariff Azami Hussein kemudian memohon kepada mahkamah untuk mengemukakan saksi pembelaan hari ini.

Pada 15 September lalu, pihak pendakwaan menutup kes selepas selesai memanggil tujuh saksi dalam perbicaraan yang bermula 28 Ogos lalu.

Ia selepas tujuh saksi dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Yasin didakwa memberikan dirinya dadah ditahan polis pada 24 Mac tahun lalu.

Pendakwaan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 (1) akta sama yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Beliau turut didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan menanam 17 pokok ganja dalam pasu plastik berisi tanah di kediamannya di Persiaran Surian, Damansara Indah Resort Home, PJU 3, Kota Damansara pada tarikh sama.

Pertuduhan memiliki dadah mengikut Seksyen 6 ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan menanam pokok kanabis pula, pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 6B (1) (a) ADB 1952 dan boleh dipenjara seumur hidup serta tidak kurang enam sebatan jika sabit kesalahan.

BBerkaitan

Latest articles