Mesyuarat UMNO Hari Ini Sepakat Segerakan PRU15

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Ketua-ketua Bahagian UMNO yang berlangsung hari ini mencapai persetujuan bersama untuk menyegerakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Perkara itu dimaklumkan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos kepada pemberita selepas mesyuarat tamat.

Jamal turut memberitahu perkara berkenaan akan disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sama ada oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atau Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan.

“Selepas perjumpaan pada pukul 11 pagi tadi rupanya kami ditaklimatkan dan memberikan pandangan serta pendapat mengenai PRU-15 yang mungkin diadakan dalam waktu terdekat, masanya pun kami tak diberitahu. Tujuan kami dipanggil untuk kesiapsiagaan jentera,” katanya yang ditemui di lobi Menara bangunan Dato Onn, hari ini.

Terdahulu satu jemputan pemakluman yang turut dinyatakan sebagai ‘mustahak’ mengenai pertemuan khas berkenaan yang tertera nama Setiausaha Agung UMNO tular menerusi aplikasi Whatsapp, kira-kira jam 11.15 malam tadi.

Ia memaklumkan bahawa presiden dan timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan meminta semua ketua bahagian hadir ke satu pertemuan khas berhubung perkara penting demi masa depan parti.

Dalam pada itu Jamal turut ditanya mengapa pertemuan itu dibuat secara tergempar, beliau bagaimanapun menjawab dirinya tidak mengetahui berkenaan perkara tersebut.

Sementara itu, beliau memaklumlan hanya tiga pemimpin tertinggi parti yang hadir dalam pertemuan berkenaan.

Dua daripada pemimpin yang tidak hadir iaitu Ismail Sabri dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid yang dimaklumkan mempunyai urusan di kementeriannya.

BBerkaitan

Latest articles