Mesyuarat MN Bincang Penyertaan Bersatu Malam Tadi Dibatalkan

Mesyuarat Muafakat Nasional (MN) yang sepatutnya diadakan malam tadi untuk membincangkan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibatalkan pada saat akhir, selepas dinasihatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa yang juga setiausaha agung bersama sekretariat MN yang ditemui media mengesahkan perkara itu selain memaklumkan tiada pimpinan yang hadir.

“Tiada yang hadir. Tetapi dibatalkan atas nasihat MKN,” ujarnya.

Untuk rekod mesyuarat yang sepatutnya berlangsung malam tadi bertujuan membincangkan penyertaan Bersatu secara rasmi ke dalam gabungan itu.

Dimaklumkan persetujuan Bersatu untuk bekerjasama dalam gabungan itu telah dimaklumkan secara hitam putih.

Annuar, dalam masa yang sama berkata penyertaan Bersatu memerlukan draf memorandum persefahaman (MOU), piagam yang baharu dan tidak boleh menggunakan kaedah melibatkan Umno dan PAS sebelum ini.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ogos lalu mengumumkan partinya bersetuju menyertai MN yang sebelum ini hanya melibatkan Umno dan PAS yang dipersetujui dan ditandatangani pada 14 September 2019.

Berita Berkaitan

Komen

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Advertisment

Terkini

Remaja 15 Tahun Jadi Mangsa Rogol Enam ‘Rider’ Makanan

Enam suspek lelaki warga tempatan yang bekerja sebagai penghantar makanan ditahan kerana disyaki  merogol seorang gadis di sebuah hotel di Petaling Jaya, dalam kejadian...

Mungkin Tiada Lagi UPSR Buat Selama-lamanya

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan perbincangan untuk memansuhkan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah (UPSR) kini berada dalam peringkat akhir. Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaya berkata...

Boleh Rentas Daerah, Negeri Mulai Isnin Ini

Bermula Isnin ini, kerajaan mula membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri di seluruh negara, kecuali di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD). Menteri...

Bersatu Kesal Dalam Isu MB Perak

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melahirkan rasa kesalnya dengan apa yang berlaku dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada semalam yang menyaksikan Menteri...

Peniaga Di Plaza Low Yat Bergaduh Berebut Pelanggan

Seramai 42 ditahan polis semalam selepas terlibat dalam satu pergaduhan di luar Plaza Low Yat, di Jalan Imbi, petang semalam, dipercayai akibat berebut pelanggan Ketua...