Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Bincang Isu Rakyat Terkesan Banjir 20 Jan Ini

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat menetapkan satu mesyuarat khas 20 Januari ini bertujuan membincangkan kesulitan dihadapi rakyat yang terkesan akibat banjir pada 20 Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memaklumkan mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen ke-14 akan sama membincangkan kepentingan negara iaitu banjir dan pasca banjir, penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir.

Katanya, pelaksanaan mesyuarat khas itu telah disembah maklum dan mendapat perkenan Yang diPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Mesyuarat khas ini penting untuk memberi ruang kepada kerajaan menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakan dan perancangan kerajaan menangani isu-isu banjir,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ia juga memberi ruang kepada seluruh Ahli-ahli Parlimen mendapat maklum balas tentang isu banjir.

BBerkaitan

Latest articles