More

    ‘Mesyuarat Di Rumah Sahajalah…’ – Najib Sindir Parti Baru Tun M

    Meletakkan dirinya sebagai pengerusi manakala anaknya pula sebagai presiden, tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad menubuhkan parti baru yang diberikan nama Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) hanya untuk kepentingan keluarga sahaja.

    Demikian reaksi bekas presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sambil menyindir Dr Mahathir dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk mengadakan mesyuarat berkenaan parti di rumah sahaja.

    “Sebelum ini dicalonkan anaknya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Bobo (Mukhriz). Tergamak beliau, maknanya parti siapa ini.

    “Bapa chairman (pengerusi), anak presiden. Mesyuarat di rumah sahajalah. Perjuangan kita bukan untuk anak dan keluarga,” demikian menurutnya ketika berucap di majlis memperkenalkan calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Zaidi Aziz di Dewan Semai Bakti Trolak Selatan, malam tadi.

    Najib juga mengimbau kenyataan bekas perdana menteri keempat dan ketujuh itu yang baru-baru ini berkata ramai yang hendak jadi presiden parti dan menubuhkan parti politik.

    Keadaan itu menyebabkan sokongan kaum Melayu semakin berpecah kerana sukar mempercayai pimpinan.

    “Apa perlunya parti politik baharu orang Melayu sebab ‘Atok’ (Mahathir) kata masalah orang Melayu kerana banyak parti politik, dia sendiri cakap apa gunanya, ramai nak jadi presiden.

    “Jadi akhirnya dia pula buat, kata orang cakap tidak serupa bikin dan dia tubuh parti baharu, timbul lagi parti yangg boleh juga pecah belah orang Melayu,” kata Najib.

    Dr Mahathir baru-baru ini mengumumkan penubuhan Pejuang bersama lima lagi bekas ahli Bersatu yang dipecat selepas tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) di sidang Dewan Rakyat Mei lalu.

    Ujarnya Pejuang akan terus mengutamakan perjuangan kaum Melayu dan Bumiputera seperti asas penubuhan Bersatu yang kini dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini