Mesyuarat Di Menara Dato’ Onn, “Ini Bukan Mesyuarat UMNO”, Kata Anwar

KUALA LUMPUR: “Ini bukan mesyuarat UMNO.”

Demikian gurau Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada petugas media yang dibenarkan masuk untuk merakam gambar sebelum mesyuarat bersama pemimpin parti Kerajaan Perpaduan, malam ini.

Kehadiran Perdana Menteri yang juga Presiden PKR mencipta sejarah tersendiri yang kembali berada di Ibu Pejabat UMNO di Menara Dato’ Onn, di sini, 25 tahun selepas dipecat daripada parti itu.

Anwar mempengerusikan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan yang bermula jam 8.30 malam tadi.

Mesyuarat turut dihadiri pemimpin utama UMNO dan Barisan Nasional (BN), termasuk Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir adalah pemimpin utama parti Pakatan Harapan (PH), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Gabungan Parti Sarawak (GPS) serta Parti Warisan Sabah (Warisan).

Anwar dipecat daripada UMNO pada 3 September 1998.

BBerkaitan

Latest articles