Mesej WhatsApp Berunsur Fitnah, Khairy Lapor Polis, SKMM

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin, membuat laporan polis terhadap satu akaun pengguna twitter berhubung mesej WhatsApp berunsur fitnah yang tular membabitkan dirinya.

Mesej itu mendakwa Khairy mengarahkan individu terbabit menamatkan hayat politik Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan (Tok Mat) yang bertanding di Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.

Dalam pada itu, Khairy menerusi ciapan di twittermya berkata, laporan juga akan dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap pengguna akaun berkenaan.

“Fake (palsu). Tak perlu sebar fitnah ‘black ops’, “source: trust me bro” macam ni.

“Laporan polis dan SKMM akan dibuat termasuk terhadap akaun Dr Bigger balls ini.

“Tolak fitnah dan politik kotor. Fokus pada #KitaJagaSungaiBuloh#KJ4SB,” katanya.

Terdahulu, Khairy membuat ulang twit ciapan akaun Dr Bigger balls yang memaparkan perbualan WhatsApp didakwa antara Khairy dan seorang individu itu.

BBerkaitan

Latest articles