Merchantrade Asia Tawar Pulangan Tunai 3%

KUALA LUMPUR: Merchantrade Asia  menawarkan 3% Pulangan Tunai Tanpa Had untuk semua pembelian luar negara yang dibuat menggunakan Kad Prabayar Visa Merchantrade Money.

Syarikat itu dalam satu kenyataan memaklumkan tawaran yang berlangsung sehingga 31 Disember 2025 ini, membolehkan pengembara memaksimumkan penjimatan sempena musim cuti hujung tahun.

“Pulangan tunai tanpa had ini amat menguntungkan terutamanya untuk perbelanjaan besar seperti tiket penerbangan dan penginapan hotel, di mana pengguna boleh menikmati penjimatan yang bermakna dengan setiap transaksi.

“Di samping itu, pengguna baharu yang mendaftar kini akan menikmati ganjaran RM10 dengan memasukkan kod promosi yang boleh didapati di saluran media sosial Merchantrade,” kata kenyataan itu.

 

Selain itu katanya melalui aplikasi tersebut, pengguna boleh menukar mata wang pada kadar masa nyata yang dipaparkan, tanpa sebarang yuran pertukaran serta menikmati kadar terkunci (kadar tidak berubah selepas ditukar), walaupun selepas beberapa minggu atau bulan kemudian.

Pengguna boleh menukar serendah 10 sen, membolehkan mereka merancang bajet secara berperingkat tanpa perlu menukar jumlah yang besar sekaligus.

“Kad ini menyokong pembayaran tanpa sentuh yang selamat serta memberikan notifikasi transaksi masa nyata, membantu pengembara memantau perbelanjaan mereka di luar negara dengan lebih mudah selain menawarkan kaedah yang mudah dan selamat untuk menguruskan kos perjalanan,” katanya.

Merchantrade Asia menjangkakan pasaran pembayaran rentas sempadan di Asia Tenggara akan terus berkembang pesat, disokong oleh peningkatan kekerapan perjalanan, peluasan laluan syarikat penerbangan kos rendah dan pertumbuhan penggunaan dompet digital.

“Pasaran e-dagang Asia Tenggara dijangka mencecah AS$325 bilion menjelang 2028, didorong oleh penggunaan pesat pembayaran digital serta kesalinghubungan serantau yang membuka lebih banyak peluang perdagangan rentas sempadan untuk perniagaan (laporan terkini oleh firma kecerdasan pasaran IDC, ditugaskan oleh platform pembayaran global 2C2P dan Antom),” tambahnya

BBerkaitan

Latest articles