Menteri Pulang Dari Luar Negara Perlu Jalani Kuarantin

KUALA LUMPUR: Prosedur kuarantin tetap terpakai kepada mereka yang pulang dari luar negara, termasuklah kesemua menteri kabinet, demikian menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

Menerusi sidang media hari ini, Khairy menegaskan prosedur itu masih terpakai kepada menteri walaupun mereka dipanggil pulang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membantu negara dalam menghadapi situasi banjir.

“Walau dipanggil pulang, namun demikian sangat penting kita berwaspada dan hati-hati.

“Jadi, perkara (prosedur) itu masih terpakai (kepada menteri),” kata Khairy selepas disoal pemberita sama ada menteri kabinet yang pulang dari luar negara masih akan dikenakan perintah kuarantin atau tidak.

Ismail Sabri, pada semalam membatalkan cuti akhir tahun menteri dan memanggil mereka yang sedang bercuti termasuk mereka di luar negara untuk kembali bekerja sehingga situasi banjir selesai.

BBerkaitan

Latest articles