Menteri Pertahanan Israel Kecam “Perang Tanpa Kompas” Netanyahu

Kecaman Menteri Pertahanan Israel terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkaitan tindakan dalam konflik terbaru menggambarkan ketegangan dalaman dalam kerajaan Israel mengenai arah tuju dan strategi perang yang sedang berlangsung.

Menteri Pertahanan Yoav Gallant melabelkan langkah Netanyahu sebagai perang tanpa kompas, dimana beliau menunjukkan ketidakpuasan terhadap kekurangan panduan dan strategi jelas dari pihak pemimpin tertinggi.

Ini membawa kepada peningkatan kritikan terhadap Netanyahu, yang dituduh gagal mengemudi arah yang konsisten dalam mengendalikan konflik yang rumit dan berisiko tinggi dan beberapa isu utama yang dihadapi termasuk kesan sosial dan ekonomi yang serius akibat serangan berterusan dan reaksi antarabangsa yang semakin tegang terhadap pendekatan Israel dalam menangani ketidakstabilan rantau tersebut.

Ramai mula mengKritik dan menyuarakan kebimbangan bahawa strategi yang kabur dan kekurangan konsistensi mungkin membawa risiko yang lebih besar kepada keselamatan dan reputasi Israel.

PERSILISIHAN FAHAM MEMBAWA KEPADA PEMECATAN 

Perselisihan antara Gallant dan Netanyahu mencerminkan perpecahan dalam kerajaan berkenaan pendekatan yang paling sesuai dalam konflik ini, terutamanya dalam menghadapi tekanan antarabangsa untuk menghentikan serangan ke atas kawasan awam dan mencari jalan penyelesaian yang lebih diplomatik.

Di tengah ketegangan yang semakin memuncak antara kedua pemimpin tersebut, Menteri Pertahanan Israel Yoav Galant baru-baru ini mengirim surat kepada Perdana Menteri Netanyahu dan kabinet yang kini dilaporkan oleh portal-portal berita Negara Haram.

menurut beberapa laporan, Galant mengkritik kurangnya arah yang jelas dalam kempen tersebut, menyebutnya sebagai “perang tanpa kompas” dan memberi amaran bahwa serangan yang berterusan ke atas Iran hanya meningkatkan keperluan untuk memperjelas objektif Israel. surat berkenaan dihantar Tepat sebelum serangan terbaru Israel terhadap Iran,

Galant menulis, “Situasi yang kita hadapi sekarang, tanpa kompas yang berkesan dan tanpa objektif perang yang terkini, merosakkan pengurusan kempen dan keputusan kabinet.

Perkembangan signifikan dalam perang ini, terutamanya pertukaran langsung antara Israel dan Iran, meningkatkan keperluan untuk mengadakan perbincangan dan memperbaharui objektif perang dengan pandangan menyeluruh mengenai pelbagai front dan hubungannya.”

Galant kemudian berfokus untuk merumuskan objektif perang bagi setiap arena yang berbeza, seperti yang menurutnya perlu dibentuk.

Mengenai Gaza, dia menulis bahawa usaha harus diarahkan untuk “mewujudkan realiti tanpa ancaman ketenteraan, mencegah pertumbuhan kemampuan pengganas, mengembalikan semua tawanan, dan mempromosikan alternatif kepada pemerintahan Hamas.

” Mengenai Lebanon, dia menyatakan: “Mewujudkan realiti keselamatan yang akan membolehkan penduduk utara pulang ke rumah mereka secepat mungkin.”

Dalam kempen terhadap Iran, Galant menyatakan perlunya “deterrence dan memastikan Iran tidak terlibat dalam perang,” sementara mengenai Tebing Barat, dia menambah: “Mengelakkan letusan kekerasan dengan menggagalkan keganasan.” Dia juga menekankan keperluan untuk “memperkuat keselamatan peribadi dan legitimasi antarabangsa.”

Menurut laporan jug surat tersebut tidak dihantar kepada Menteri Keselamatan Nasional Itamar Ben-Gvir, mungkin kerana kebimbangan akan kebocoran maklumat.

Sebagai respon kepada permintaan Channel 13 News, Pejabat Netanyahu menjawab komen Galant: “Ini adalah surat yang mengelirukan. Hanya ada satu kompas, yaitu objektif perang yang ditetapkan oleh kabinet. Objektif ini sentiasa dikaji semula dan bahkan baru-baru ini diperluas.”

Sementara itu Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu Mungkin memecat Menteri Pertahanan Yoav Gallant

Menurut laporan dari Kan News pada hari Ahad, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dikatakan telah memberi tahu rakan sekutu ultra-Ortodoksnya bahwa Menteri Pertahanan Yoav Gallant mungkin akan dipecat selepas serangan yang dirancang terhadap Iran.

Berita ini menarik kerana ia muncul sejurus selepas laporan mengenai surat Galant kepada Netanyahu, di mana beliau mengkritik kurangnya arah yang jelas dalam kempen terhadap Iran.

BBerkaitan

Latest articles